Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

Karnival Pendidikan MARA 2013

Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya.

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan

Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014

Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordon dan Maghribi.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Selamat Datang . . .

E-Kerjaya adalah satu portal yang diilhamkan oleh sekumpulan guru-guru dan exsekutif professional yang membantu pelajar lepasan SPM / STPM mengenai cara memilih pendidikan tinggi atau kemahiranyang bersesuaian dengan minat pelajar, tips kerjaya dan prosedur permohonan kerja. Ini merupakan satu sistem sokongan kerjaya lepasan SPM / STPM yang berbentuk online dan diyakini dapat membantu ratusan pelajar, kaunselor dan ibu bapa.

Jika anda memerlukan khidmat kami sila isi borang pertanyaan dan kami akan membantu dan membimbing anda secepat mungkin. Selamat Berjaya

Tuesday 26 March 2013

Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas 2013


Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas 2013



Petronas mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Program Penajaan Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2012. Pelajar lepasan SPM 2012 yang ingin memohon biasiswa Petronas ini perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.
Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangannya di Malaysia.
Syarat Asas Memohon Penajaan Petronas
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2012.
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
Cara Memohon Penajaan Biasiswa Petronas
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 21 Mac 2013.
Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2012 ini akan ditutup pada 27 Mac 2013, jam 5.00 petang.
Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.
Petronas Youngstars Day
Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk melalui proses penilaian di PETRONAS Youngstars Day pada bulan April 2013.
Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.
Maklumat
Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Sila rujuk juga komen-komen di Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009, SPM 2010 dan SPM 2011 sebagai panduan.
Pertanyaan
Sila hubungi Talian Bantuan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS di 03 2331 2277 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Enhanced by Zemanta

Thursday 21 March 2013

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013


Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013



Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun.

Program Pengajian

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.

Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu Sejarah Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;


  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Bimbingan dan Kaunseling
  8. Bahasa Cina
  9. Bahasa Kadazan Dusun
  10. Pra Sekolah
  11. Pendidikan Jasmani
  12. Pendidikan Seni
  13. Sejarah
  14. Muzik
  15. Pemulihan
  16. Reka Bentuk dan Teknologi
  17. Bahasa Tamil
  18. Bahasa Arab
  19. Bahasa Iban

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Jasmani
  8. Pengajian Cina
  9. Pendidikan Seni Visual
  10. Sejarah
  11. Muzik
  12. Pemulihan
  13. Reka Bentuk dan Teknologi
  14. Bimbingan dan Kaunseling
  15. Pra Sekolah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Jasmani
  8. Pengajian Tamil
  9. Pendidikan Seni Visual
  10. Sejarah
  11. Muzik
  12. Pemulihan
  13. Reka Bentuk dan Teknologi
  14. Bimbingan dan Kaunseling
  15. Pra Sekolah

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.

Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon

Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013.

Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.

Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 ini akan ditutup pada 31 Mac 2013.

Maklumat

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.

Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila hubungi;
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045

Enhanced by Zemanta

Monday 18 March 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014


Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014


Permohonan Melalui UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM & Setaraf


Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

IPTA dan POLITEKNIK PREMIER

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM melibatkan semua universiti yang ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk ke Permohonan Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.

KATEGORI PERMOHOHAN


Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;
  • Kategori A

Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
  • Kategori B

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
  • Kategori C

Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D

Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah

Di IPTA

Program Persediaan – Asasi / Tamhidi
Diploma

Di Politeknik Premier

Diploma

Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.

PERMOHONAN

Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014
Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya empat pilihan program pengajian yang berlainan. Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.

NOMBOR UNIK ID

Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu. Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60. Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kriteria pemilihan adalah berasaskan;

  1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
  2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
  3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
  4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  5. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
  6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
  7. Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
  8. Bilangan tempat yang disediakan di IPTA / Politeknik Premier.

Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;
  • Syarat Permohonan
  • Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
  • Syarat Pemilihan Program
  • Dasar Penentuan Aliran Sains dan Aliran Sastera
  • Dasar Markah Kokurikulum
  • Penyediaan dan Pengiraan Merit
  • Penajaan
  • Dasar Pertukaran Program Pengajian
  • Dasar Pertukaran IPTA
  • Dasar Rayuan
  • Dasar Bagi Kategori Setaraf SPM

TARIKH TUTUP

Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program pengajian yang ingin dipohon.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
Hotline UPU: 03 8870 6767
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
E-mel: upu@mohe.gov.my

Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.



Enhanced by Zemanta

Karnival Pendidikan MARA 2013


Karnival Pendidikan MARA 2013



Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10 lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas.

Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju karier pada masa hadapan.

Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat pengajian.

Aktiviti Karnival

Bagi Lepasan Sekolah

  • Pameran Institut Pendidikan MARA (IPMa), Institut Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TEVT), IPTA & IPTS tempatan & luar negara
  • Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
  • Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
  • Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
  • Kaunseling pendidikan dan kerjaya
  • Permohonan terus dan temu duga terbuka
  • Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
  • Ujian personaliti

Bagi Pencari Kerja

  • Pameran syarikat dan usahawan
  • Peluang pekerjaan dan keusahawanan
  • Peluang bertemu bakal majikan
  • Temu duga kerja terbuka
  • Ceramah kerjaya
  • Penulisan resume
  • Tips menghadiri temu duga
  • Grooming & etiquette
  • Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
  • Pendaftaran JobsMalaysia
  • Ujian personaliti

Lokasi Karnival

TarikhLokasiNota
16 – 17 MacKUALA LUMPUR Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC#
23 – 24 MacPAHANG Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan#
30 – 31 MacJOHOR Plaza Angsana, Johor Bahru 
2 – 3 AprilSABAH Dewan Masyarakat, Tawau 
5 – 6 AprilSARAWAK Dewan Pameran Permata, Kuching#
13 – 14 AprilPERAK Stadium Indera Mulia, Ipoh 
17 – 18 AprilKELANTAN Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu#
20 – 21 AprilKEDAH Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar 
24 – 25 AprilTERENGGANU Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu#
20 – 21 AprilPULAU PINANG Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya 

Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kecuali di Sabah dan Sarawak bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Maklumat

Sila rujuk laman web Karnival Pendidikan MARA dan Facebook Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4859/ 4847/ 4854 atau faks 03 2692 7386.




Enhanced by Zemanta

Thursday 14 March 2013

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :





Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2      

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
 Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
 Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
 Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
 Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)

Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
  • Pusat Bertauliah Awam (K)
  • Pusat Bertauliah Swasta (L)
  • Pusat Bertauliah Industri (I)
  • Pusat Bertauliah Persatuan (P)
  • Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.



Enhanced by Zemanta

Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014

Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014



English: Jordan University of Science and Tech...


Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordon dan Maghribi.


UNIVERSITI DI MESIR

Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

UNIVERSITI DI JORDAN

Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
  • Perubatan & Pergigian

    Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
    ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
  • Pengajian Islam

    Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
    DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM

UNIVERSITI DI MAGHRIBI

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:

PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
  • Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut;

    Pengarah Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pengajian Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4 No 2, Menara 2,
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA

TARIKH TUTUP

Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.

PERTANYAAN

  • Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

    03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
    03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud

Enhanced by Zemanta