Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordon dan Maghribi.
UNIVERSITI DI MESIR
Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT) Malaysia seperti berikut:
Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurangkurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
- Pengajian Qiraat Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
UNIVERSITI DI JORDAN
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
-
UNIVERSITI DI MAGHRIBI
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
- Pengajian Islam Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
PERMOHONAN
- Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang telah ditetapkan seperti di atas.
- KPT hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
- Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara.
- Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Pengajian Tinggi di alamat berikut;
Pengarah Bahagian Education Malaysia Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA
TARIKH TUTUP
Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.
PERTANYAAN
- Sila rujuk dokumen Syarat Permohonan Ke Universiti Di Timur Tengah dan Borang Permohonan di atas untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya 03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud
|
0 comments:
Post a Comment