Thursday 21 March 2013

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013


Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013



Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun.

Program Pengajian

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.

Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau 2 semestar di institusi yang ditetapkan.

Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu Sejarah Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;


  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Bimbingan dan Kaunseling
  8. Bahasa Cina
  9. Bahasa Kadazan Dusun
  10. Pra Sekolah
  11. Pendidikan Jasmani
  12. Pendidikan Seni
  13. Sejarah
  14. Muzik
  15. Pemulihan
  16. Reka Bentuk dan Teknologi
  17. Bahasa Tamil
  18. Bahasa Arab
  19. Bahasa Iban

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Jasmani
  8. Pengajian Cina
  9. Pendidikan Seni Visual
  10. Sejarah
  11. Muzik
  12. Pemulihan
  13. Reka Bentuk dan Teknologi
  14. Bimbingan dan Kaunseling
  15. Pra Sekolah

Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Pendidikan Khas
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Jasmani
  8. Pengajian Tamil
  9. Pendidikan Seni Visual
  10. Sejarah
  11. Muzik
  12. Pemulihan
  13. Reka Bentuk dan Teknologi
  14. Bimbingan dan Kaunseling
  15. Pra Sekolah

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.

Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon

Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013.

Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.

Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 ini akan ditutup pada 31 Mac 2013.

Maklumat

Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.

Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila hubungi;
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/  1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045

Enhanced by Zemanta

0 comments:

Post a Comment