Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014
Permohonan Melalui UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM & Setaraf
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.
IPTA dan POLITEKNIK PREMIER
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi
lepasan SPM melibatkan semua universiti yang
ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tiga Politeknik Premier
iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti,
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun –
Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan
Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk
ke Permohonan
Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.
KATEGORI PERMOHOHAN
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi
kepada 4 kategori iaitu;
- Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
- Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
- Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
- Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan
SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM
2012.
PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah
Di IPTA
Program Persediaan – Asasi / Tamhidi
Diploma
Di Politeknik Premier
Diploma
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan
memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.
PERMOHONAN
Permohonan secara online boleh di buat melalui
laman web
Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014
Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan pilihan program
pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya empat pilihan program
pengajian yang berlainan. Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian
dibenarkan bagi setiap pemohon.
NOMBOR UNIK ID
Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan.
Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan
Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki
akaun GIRO BSN.
Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau
kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu. Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60. Contoh Slip
BSN.
DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai
dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah
penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti
kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah
kokurikulum.
Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
- Bilangan tempat yang disediakan di IPTA / Politeknik Premier.
Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian
Tinggi kepada sekolah-sekolah.
PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN
Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan
maklumat tentang;
- Syarat Permohonan
- Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
- Syarat Pemilihan Program
- Dasar Penentuan Aliran Sains dan Aliran Sastera
- Dasar Markah Kokurikulum
- Penyediaan dan Pengiraan Merit
- Penajaan
- Dasar Pertukaran Program Pengajian
- Dasar Pertukaran IPTA
- Dasar Rayuan
- Dasar Bagi Kategori Setaraf SPM
TARIKH TUTUP
Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui
UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 15 April 2013.
MAKLUMAT & PERTANYAAN
Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival
Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh
mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program
pengajian yang ingin dipohon.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian
Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
Hotline UPU: 03 8870 6767
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
E-mel: upu@mohe.gov.my
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai
program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan
nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA
Universiti Di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment