Tuesday, 26 March 2013
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas 2013
19:55
Asia, Biasiswa, Dan (rank), Kuala Lumpur, Malaysia, National oil company, Pembiayaan, PETRONAS, Sudan, Universiti Teknologi Petronas
No comments
Petronas mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Program
Penajaan Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2012. Pelajar lepasan
SPM 2012 yang ingin memohon biasiswa Petronas
ini perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di
dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan
kesungguhan.
Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program
pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar
negara atau kampus cawangannya di Malaysia.
Syarat Asas Memohon Penajaan Petronas
Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2012.
Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan
tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013.
Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti
ko-kurikulum.
Cara Memohon Penajaan Biasiswa Petronas
Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 21 Mac 2013.
Permohonan mestilah dibuat secara online melalui laman web http://spmonline.petronas.com.my.
Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Tarikh tutup
Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan
SPM 2012 ini akan ditutup pada 27 Mac 2013, jam 5.00 petang.
Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut
tidak akan diproses.
Petronas Youngstars Day
Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi untuk
melalui proses penilaian di PETRONAS Youngstars Day pada bulan April
2013.
Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari
semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.
Maklumat
Sila rujuk laman web http://spmonline.petronas.com.my untuk
membuat permohonan dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Sila rujuk juga komen-komen di Program Penajaan Pendidikan
Petronas Bagi Lepasan SPM 2009, SPM
2010 dan SPM 2011 sebagai
panduan.
Pertanyaan
Sila hubungi Talian Bantuan Program Penajaan Pendidikan
PETRONAS di 03 2331 2277 jika terdapat sebarang pertanyaan.
Thursday, 21 March 2013
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013
18:29
Education, Ijazah Sarjana Muda, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, MAKTAB, Malay language, Malaysia, Philippine, Sabah, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM
No comments
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2013
Permohonan Kursus
Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2013 di
bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac
2013. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon
program perguruan yang
ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Permohonan
untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) atau lebih dikenali sebagai Maktab
Perguruan ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka
yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun.
Program
Pengajian
Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru
di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah
rendah.
Sebagai
prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 12 bulan atau
2 semestar di institusi yang ditetapkan.
Calon
mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut
Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat
Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu Sejarah Satu mata pelajaran yang lain serta; Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
Bidang
Pengajian
Bidang
pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;
Sekolah
Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Islam
- Bimbingan dan Kaunseling
- Bahasa Cina
- Bahasa Kadazan Dusun
- Pra Sekolah
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Seni
- Sejarah
- Muzik
- Pemulihan
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Bahasa Iban
Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Jasmani
- Pengajian Cina
- Pendidikan Seni Visual
- Sejarah
- Muzik
- Pemulihan
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pra Sekolah
Sekolah
Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Jasmani
- Pengajian Tamil
- Pendidikan Seni Visual
- Sejarah
- Muzik
- Pemulihan
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pra Sekolah
Calon
Tidak Layak Memohon
Calon
yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan
Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan
Kementerian Pengajian Tinggi.
Calon
yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib
semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi
kerajaan.
Calon
yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi
gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
Calon
yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,
jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara
Memohon
Permohonan
untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM)
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 hanya boleh
dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran
Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Ambilan Jun 2013.
Pemohon
dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred
minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Calon
dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
Butiran
permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
Permohonan
yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
Maklumat
yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh
Tutup
Permohonan
kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 ini akan ditutup pada 31
Mac 2013.
Maklumat
Maklumat di
atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program
Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.
Sila
rujuk laman web Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pertanyaan
Jika
ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan program perguruan ini, sila
hubungi;
BAHAGIAN
PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245/ 1259/ 1230/ 1240
URUS
SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon : 088 236804
URUS
SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045
Monday, 18 March 2013
Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014
20:53
Bank Simpanan Nasional, IPTA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, Malaysia, POLITEKNIK, Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Premier, UNIVERSITI
No comments
Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2013 / 2014
Permohonan Melalui UPU Ke IPTA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM & Setaraf
Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2013/2014 atau ambilan Jun 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai 7 Januari 2013.
IPTA dan POLITEKNIK PREMIER
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi
lepasan SPM melibatkan semua universiti yang
ada pengambilan Asasi dan Diploma dan tiga Politeknik Premier
iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
Bagi permohonan ke Politeknik yang lain, Kolej Komuniti,
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
(IKTBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun –
Malaysia (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan Dan
Kemahiran Lanjutan (CIAST), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran
Tinggi MARA (KKTM) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) sila rujuk
ke Permohonan
Kemasukan Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/setaraf dan Lepasan SKM.
KATEGORI PERMOHOHAN
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi
kepada 4 kategori iaitu;
- Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
- Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
- Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
- Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan
SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM
2012.
PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah
Di IPTA
Program Persediaan – Asasi / Tamhidi
Diploma
Di Politeknik Premier
Diploma
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan
memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA.
PERMOHONAN
Permohonan secara online boleh di buat melalui
laman web
Permohonan Kemasukan Ke IPTA & Politeknik Premier Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014
Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan pilihan program
pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya empat pilihan program
pengajian yang berlainan. Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian
dibenarkan bagi setiap pemohon.
NOMBOR UNIK ID
Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan.
Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional
(BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan
Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki
akaun GIRO BSN.
Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau
kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu. Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60. Contoh Slip
BSN.
DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) mengguna pakai
dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan prinsip meritokrasi iaitu kaedah
penyediaan merit adalah berdasarkan pencapaian akademik dan aktiviti
kokurikulum. Dasar ini berasaskan 90% markah akademik dan 10% markah
kokurikulum.
Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf;
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan pengajian dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
- Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Memenuhi syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
- Bilangan tempat yang disediakan di IPTA / Politeknik Premier.
Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian
Tinggi kepada sekolah-sekolah.
PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN
Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan
maklumat tentang;
- Syarat Permohonan
- Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
- Syarat Pemilihan Program
- Dasar Penentuan Aliran Sains dan Aliran Sastera
- Dasar Markah Kokurikulum
- Penyediaan dan Pengiraan Merit
- Penajaan
- Dasar Pertukaran Program Pengajian
- Dasar Pertukaran IPTA
- Dasar Rayuan
- Dasar Bagi Kategori Setaraf SPM
TARIKH TUTUP
Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier melalui
UPU bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 15 April 2013.
MAKLUMAT & PERTANYAAN
Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Para pemohon juga digalakkan hadir ke Karnival
Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U 2013. Di sini pemohon boleh
mendapatkan maklumat dari semua IPTA dan beberapa IPTS berkaitan program
pengajian yang ingin dipohon.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian
Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.
Hotline UPU: 03 8870 6767
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864
E-mel: upu@mohe.gov.my
Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai
program pengajian dengan menghubungi IPTA dan Politeknik melalui alamat dan
nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA
Universiti Di Malaysia.
Karnival Pendidikan MARA 2013
20:08
Asia, Dewan, Diploma, Johor Bahru, Majlis Amanah Rakyat, MARA, Microsoft PowerPoint, SlideShare
No comments
Karnival Pendidikan MARA 2013
Karnival Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Karnival yang
diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang
pendidikan dan perancangan kerjaya kepada pengunjungnya. Karnival Pendidikan
MARA tahun ini bertemakan ‘Wadah Impian Dan Kejayaan’ akan diadakan di 10
lokasi seluruh negara berbanding 9 pada tahun lepas.
Tujuan Karnival Pendidikan MARA ini diadakan
adalah untuk menyebarkan maklumat berkenaan peluang-peluang pendidikan dan
perancangan kerjaya. Penganjuran karnival ini dilihat mampu memastikan golongan
pelajar dan belia serta graduan membuat pilihan bijak dalam menentukan hala
tuju karier pada masa hadapan.
Karnival Pendidikan MARA ini juga memudahkan urusan
Institusi Pendidikan MARA (IPMa),
IPTA dan IPTS serta majikan untuk mendekati kumpulan sasar dengan mempromosi
kursus-kursus dan program pengajian sedia ada dan baru yang ditawarkan di
peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, Profesional serta Pasca Siswazah
terutama dalam 12 Bidang Utama Negara (NKEA). MARA akan menggerakkan tujuh IPMa
secara agresif untuk mempromosikan lebih 300 kursus di pelbagai peringkat
pengajian.
Aktiviti Karnival
Bagi Lepasan Sekolah
- Pameran Institut Pendidikan MARA (IPMa), Institut Pendidikan Teknikal & Vokasional MARA (TEVT), IPTA & IPTS tempatan & luar negara
- Peluang penajaan dan pembiayaan pelajaran
- Yuran pengajian percuma di IPMa terpilih
- Elaun bulanan / pinjaman pendahuluan untuk calon yang layak
- Kaunseling pendidikan dan kerjaya
- Permohonan terus dan temu duga terbuka
- Semakan baki tunggakan pinjaman MARA
- Ujian personaliti
Bagi Pencari Kerja
- Pameran syarikat dan usahawan
- Peluang pekerjaan dan keusahawanan
- Peluang bertemu bakal majikan
- Temu duga kerja terbuka
- Ceramah kerjaya
- Penulisan resume
- Tips menghadiri temu duga
- Grooming & etiquette
- Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA
- Pendaftaran JobsMalaysia
- Ujian personaliti
Lokasi Karnival
Tarikh | Lokasi | Nota |
16 – 17 Mac | KUALA LUMPUR Dewan Merdeka & Dewan Tun Razak 4, PWTC | # |
23 – 24 Mac | PAHANG Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan | # |
30 – 31 Mac | JOHOR Plaza Angsana, Johor Bahru | |
2 – 3 April | SABAH Dewan Masyarakat, Tawau | |
5 – 6 April | SARAWAK Dewan Pameran Permata, Kuching | # |
13 – 14 April | PERAK Stadium Indera Mulia, Ipoh | |
17 – 18 April | KELANTAN Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu | # |
20 – 21 April | KEDAH Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Alor Setar | |
24 – 25 April | TERENGGANU Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu | # |
20 – 21 April | PULAU PINANG Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya |
Karnival Pendidikan MARA ini dibuka dari pukul 10.00 pagi
sehingga 6.00 petang kecuali di Sabah dan Sarawak bermula dari pukul 9.00 pagi
sehingga 5.00 petang.
Nota # – Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka akan
diadakan di lokasi ini. Pengunjung yang berminat untuk menghadiri temu duga
terbuka dikehendaki membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.
Maklumat
Sila rujuk laman web Karnival
Pendidikan MARA dan Facebook
Karnival Pendidikan MARA karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila
hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03 2613 4859/ 4847/ 4854
atau faks 03 2692 7386.
Thursday, 14 March 2013
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
21:46
Asia, Bahasa Melayu, Education, Malay language, Malaysia, Sabah, SKM, SLDN, SlideShare
No comments
Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama JPK. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:
1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)
Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).Terdapat 5 kategori Pusat Bertauliah, iaitu:-
- Pusat Bertauliah Awam (K)
- Pusat Bertauliah Swasta (L)
- Pusat Bertauliah Industri (I)
- Pusat Bertauliah Persatuan (P)
- Pusat Bertauliah Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Calon boleh merujuk Senarai Pusat Bertauliah di dalam laman web ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat pusat bertauliah dan program-program kemahiran terkini yang ditauliahkan oleh JPK.
Permohonan Pengajian Di Universiti Di Timur Tengah Sesi 2013/2014
20:19
Al-Azhar University, Jordan, Malaysia, SPM, Timur, UNIVERSITI, Universiti Timur Tengah, University of Jordan, Yarmouk University
No comments
Jabatan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014. Universiti Timur Tengah yang terbabit adalah universiti-universiti di Mesir, Jordon dan Maghribi.UNIVERSITI DI MESIR
Universiti di Mesir yang tersenarai ialah Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Cairo, Universiti Ain-Shams, Universiti Mansoura, Universiti Tanta dan Universiti Zaqaziq.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
UNIVERSITI DI JORDAN
Universiti di Jordon yang tersenarai ialah University of Jordan, Jordan University of Science and Technology (JUST), Yarmouk University, Mu’tah University dan Al-Albayt University.
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
UNIVERSITI DI MAGHRIBI
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
PERMOHONAN
TARIKH TUTUP
Permohonan untuk mengikuti pengajian di universiti di Timur Tengah bagi sesi 2013/2014 ini ditutup pada 31 Mei 2013.
PERTANYAAN
|
Subscribe to:
Posts (Atom)